Kad Hijau CIDB

KONGSIKAN KEPADA KAWAN-KAWAN

Share on whatsapp
Share on telegram
Share on facebook
Share on twitter

Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB. Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang rasmi dan diterima pakai oleh pihak Industri Pembinaan. Mulai 16 Dis 2023, kad fizikal ini telah ditamatkan. Tetapi melaui 1 Jan 2024 CIDB telah memutuskan bahwa kad akan dikeluarkan semula seperti biasa.

Untuk memiliki kad ini seseorang diwajibkan mengikuti kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers). Kursus dibuat secara online dengan menonton video selama 2.5 jam sahaja. Ia memberi peluang yang baik kepada peserta mendapat pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

Kursus kad hijau CIDB secara online sangat mudah. Boleh duduk rumah atau pejabat. Boleh guna handfon sahaja.
Kursus kad CIDB online seperti ini telah ditamatkan. Kini kursus online dimudahkan lagi. Anda hanya perlu menonton video selama 2.5 jam sahaja.

Kursus Online

Pemohon baru Pendaftaran Personel Binaan wajib mengikuti kursus SICW. Anda tidak perlu risau. Kursus dilaksanakan secara online. Kursus boleh diikuti ketika duduk di rumah atau pejabat. Hanya tonton video. Mengambil masa 2.5 jam sahaja. Malah, video boleh ditonton pada bila-bila masa. Pagi, petang, siang atau malam.  Ikut kesesuaian masa anda.
Video ada pilihan bahasa. Melayu, Cina, English, Tamil, Bangladesh dan Urdu.
Perlu ke masuk kelas fizikal? Tarikh kena tunggu lama, cari kelas tak jumpa. Sesat jalan. Kena hujan. Jauh dari rumah. Kena naik kenderaan lagi. Musim COVID-19 pula. Kursus online senang.
Perbaharui kad hijau CIDB anda. Pastikan kad hijau CIDb anda sentiasa hidup.

Renew Kad

Renew Pendaftaran Personel Binaan CIDB tidak perlu kursus semula. Jangan pening kepala. Perbaharui Kad Hijau CIDB boleh siap dalam 3 hari. Tidak perlu bayar mahal-mahal. Jimat duit. Kami bantu anda uruskan pembaharuan hingga selesai. 

INGAT!. Pendaftaran Personel Binaan CIDB ada  perlindungan takaful 24 jam. Tetapi jika anda ditimpa kemalangan dan pendaftaran telah tamat, anda tidak layak mendapat Takaful kad hijau CIDB. 

Ada kad NIOSH boleh buat kad hijau CIDB tanpa kursus. Jimat duit dan masa.

Kad NIOSH

Jika sudah ada Kad NIOSH OGSP, NTSP, EOSP atau NTMSP, anda boleh buat terus Kad Hijau CIDB. Tidak perlu kursus. Jimat duit dan jimat masa. Kami uruskan semua untuk anda. Kebiasaannya boleh siap dalam 3 hari bekerja.
  • OGSP (Oil and gas safety passport)
  • EOSP (Expressway Operation Safety Passport)
  • NTSP (NIOSH TNB Safety Passport)
  • NTMSP (NIOSH Telekom Safety Passport)
  • ANSP (Air Selangor-NIOSH Safety Passport)
  • Termasuk semua  safety passport keluaran NIOSH

Latihan Industri

Ramai pelajar bidang berkaitan pembinaan dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta perlu menjalani latihan industri. Mereka perlu memiliki Kad Hijau CIDB. Mereka terdiri dari pelajar di UTMUiTMUTHM, UKM, UPM, UIA dan banyak universiti swasta.

Begitu juga pelajar dari Politeknik, IKM, KV (Kolej Vokasional) dan Kolej Komuniti perlu memiliki Kad CIDB sebelum menjalani latihan industri. Cikgu-cikgu boleh hubungi saya.

Kursus secara online sahaja. Tidak kira dari mana-mana daerah seluruh Malaysia, anda boleh ikuti kursus ini.

Takaful CIDB

Semua pemegang Kad Hijau CIDB dilindungi Skim Perlindungan Takaful selama tempoh kad hidup. Perlindungan ini adalah 24 jam, bila-bila masa dan di mana jua anda berada di seluruh dunia. Ia tidak terhad kepada kejadian kemalangan di waktu bekerja dan di bumi Malaysia sahaja. Pastikan kad sentiasa hidup. Renew jika sudah mati.

Takaful free. Tunggu apa lagi. Terus hubungi kami.

Pemegang Kad Hijau CIDB boleh mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di Akademi Binaan Malaysia secara percuma.

Manfaat Kad Hijau

Akademi Binaan Malaysia (ABM) menawarkan kursus percuma kepada pemegang Kad Hijau CIDB.

Banyak kursus-kursus berkaitan pembinaan yang ditawarkan di ABM. 

Kursus free. Tunggu apa lagi. Terus hubungi kami untuk dapatkan Kad Hijau CIDB.

Gambar hiasan sahaja. Ihsan dari BERNAMA

Denda RM5,000

Kontrektor dan pekerja yang tidak memiliki Kad Hijau CIDB sewaktu berada di tapak binaan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000. Akta CIDB 520 (Pindaan) 2011.

Sekarang sudah mudah buat kad hijau CIDB.  Hubungi kami untuk terus daftar.