Maklumat Dari UTMSPACE 

Sebagaimana anda sedia maklum, pelajar UTM diwajibkan untuk mengikuti kursus 4 modul ProCourse iaitu Professional Skill Certificates anjuran UTMSPACE. Di awal semester, UTM akan mewajibkan anda membayar RM200.00 untuk 4 modul ini.  

Salah satu di antara 4 modul itu ialah OSHE (Occupational Safety, Health and Environment) dengan bayaran wajib RM50.00 

UTM telah memberi kelonggaran di mana Kad Hijau boleh mengantikan OSHE. Bermakna, mereka yang telah mengikuti kursus Kad Hijau tidak perlu mengikuti OSHE. Malah, mereka boleh menuntut semula RM50 yang telah dibayar untuk kursus OSHE. Berikut maklumat dari UTMSPACE Bagi anda yang membuat tuntutan RM50. Sila isi borang pemulangan yuran kursus yang boleh didapati diportal kami(e-document) untuk diproses ke bendahari. 

Bagi yang telah menghantar salinan kad pengenalan, kad hijau (GREEN CARD CIDB), dan kad matrik bagi bukti pengambilan OSHE turut dikehendaki mengisi borang tersebut dan dihantar ke kaunter UTMSPACE (jumpa dengan Cik Nur Husna binti Zulkepli) bagi mendapatkan tandatangan dan cop untuk pengesahan. 

Lihat juga FEE REFUND  dan   Borang Tuntutan 

Untuk membuat tuntutan, ikuti langkah berikut: 

Print dan Isi   Borang Tuntutan 

Bawa IC dan salinan IC Bawa Kad Hijau dan salinan Kad Hijau Bawa Kad Matrik dan Salinan Kad Matrik Pergi ke Pejabat UTMSPACE di Taman Universiti dan serahkan 4 perkara di atas PENTING Jika Kad Hijau lewat siap, anda boleh menggunakan Sijil Pengesahan Hadir Kursus. Sijil diberikan selepas tamat kursus. Safety Trainer 17 Okt 2019