NIOSH Oil and Gas Safety Passport (OGSP) adalah program latihan yang dirancang khas untuk mereka yang bekerja di kawasan kerja industri minyak dan gas. Ia dianjurkan sepenuhnya oleh NIOSH.
OGSP mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan nama NPSP (NIOSH Petronas Safety Passport). Ia kemudiannya diikuti dengan NSSP (Shell), NESP (Exxon) dan NTSP (Titan).
Pada tahun 2009, NIOSH bersama empat syarikat besar minyak dan gas iaitu Petronas, Shell, Exxon dan Titan Chemical kemudiannya telah bergabung bersama menganjurkan OGSP. Terdapat juga syarikat minyak dan gas lain yang mengguna pakai kebaikan OGSP.